Thursday, January 16, 2014

Kiamat & Nabi Muhammad S.A.W

Lama dah tak update blog..rindu rasanya..macam-macam berlaku 2 tahun nie..macam-macam juga pengalaman yang aku alami. Semua tu pengalaman yang amat berharga buat diri. Sejak 2 menjak nie..banyak yang up date status kiamat.

 TAKUT!!!!RISAU!!!! yang x de perasaan pun ada..yang x de perasaan tu selalunya x ingat akhirat atau dalam erti kata lain,hati mati. Kita boleh risau dan ingat akan hari kiamat..Bila takut..cepat-cepat kena ingat..TAKUT HANYA PADA ALLAH..tu yang agama kita ajar..admin pun kadang-kadang lupa penggunaan perkataan takut tu..sama-samalah kita sentiasa beringat. Apa yang penting,kita sebagai khalifah muka bumi bersiap sedia menempuhinya..perbaiki amalan wajib..perbanyakkan amalan sunat..moga Nabi Muhammad S.A.W akan membantu kita di padang masyhar..Almaklum,belum tentu syurga buat kita..Neraka plak panas kalah bara api..

SANGGUPKAH KITA? Apa pun,mesti mintak pertolongan baginda nanti..banyakKan la juga amal sedekah...paling kedekut pun..senyum la sesama insan..jangan senyum ngurat bini orang plak..x pasal-pasal tempah mata panda karang..


Sunday, March 11, 2012

~cirCle~



Life like ciRcle. Now, i meet my circle. I hope i always in there. Love, air, calmness and everthing i feel know. After war with my heart. ALHAMDULILLAH! allah LOVE ME and us. So, he give it. Now, i must more prepare to face the new story. What story? We just wait and prepare for the next story. Whatever the story... ALQURAN and hadis Rasulullah S.A.W is the our reference. Who and anything behind me and yours is agent from ALLAH to me and u. As agent from ourself to ALLAH also. We need each other. We must have cooperation like human law. Human need food for life. Food from human. Food give energy to human make a food. SO, we can see life is circle. Like human and food.. THANKS TO ALLAH because give me your love and meet me all human very2 love me...May u give happiness to all parts of my family and friends because they was help me to love u much more than my ownself.Thanks ALLAH!!! (^_^)

Thursday, December 22, 2011

Sweet Sour < sO sWeet ^_^ >

Bahan-bahan:


1 ekor siakap (sederhana besar)


Tumis:
1 biji bawang besar
1/2 biji bawang putih
1 inci halia
separuh botol sos cili kecil
1 sudu sos tiram
1/2 keping asam keping


Sayur-sayuran:
2 biji lada benggala..klu x de kat kedai..lada besar pun boleh ( hijau dan merah )
separuh nenas manis
1 biji timun
1 biji tomato


Hiasan :


Daun sup @ daun bawang @ daun kucai (dipotong 1/2 inci)


Cara-cara:


1. Goreng ikan siakap dengan kunyit atau goreng tepung. (ok..kita biar ikan masak..sambil tu pi wat kuahnye lak..)
2. Potong dadu bawang besar, bawang putih, halia, lada benggala, timun, nenas dan tomato.
3. Time tok tumis lak..letak minyak macam masak nasi goreng..tunggu minyak panas ye sahabat2.
4. Kemudian masukkan bawang besar, bwang putih, halia dan asam keping. Tumis sampai naik bau..jgn hangus..
# api kena sederhana.
5. Bila bau dah wangi..masukkan sos cili dan sos tiram. Curah sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat..lebih kuarang setengah gelas air biasa...< Biarkan ia mendidih >
6. Bila dah mendidih, masukkan sayur-sayuran.
7. Tunggu lebih kurang 5 minit. < agak2 masakkan dah berasap2, rasa..klu nak masin..tambah garam ckit >.
8. Akhir sekali, curah kuah yang dah masak tadi kat atas ikan goreng tadi dan hiaskan.


~ Senangkan. (^_-) selamat MENCUBA!

Saturday, May 7, 2011

Cinta VS Sahabat???

 ... بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali kita mengutamakan cinta lebih dari sahabat.
Betulkan kenyataan saya? Sedarkah kita cinta sejati..cinta hakiki..cinta abadi..tidak kira samada dari buah hati kita(Allah S.W.T dan Rasul)..ibu ayah kita..sahabat2..suami..isteri..anak-anak..dan seisi alam lahir apabila kita menjaga hubungan kita dengan sahabat2..keluarga..serta yang paling utama,menjaga hubungan kita dengan kekasih kita...Ar-rahman Ar-rahim. 

Bila hubungan kita dengan seisi alam baik dan penuh keikhlasan dan cinta. Cinta yang kita inginkan akan hadir. Tapi,setiap sesuatu pasti akan diuji. Bagi menguji sejauh mana keikhlasan kita...Sejauh mana cinta kita padanye..JADI,kita harus kuat dan bijak untuk mengatur langkah menggapai cinta sejati. Seandainya langkah kita tersasar. Kita perlu belajar memperbetulkan langkah itu. Jangan biarkan ia terus terpesong. Belajar dan terus belajar...seperti pesanan cinta hatiku..Rasulullah S.W.T "Gapailah ilmu sehingga ke negeri Cina". Belajar untuk hidup. Bukan belajar untuk lulus ujian. Bukan belajar hanya untuk segulung ijazah,diploma mahupun sijil. 

Setiap detik kita menuntut ilmu, kita perlukan guru dan sahabat. Tanpa mereka, sukar untuk kita memahami sesuatu. Kerna setiap ilmu perlu dipelajari dengan benar. Seandainya silap ilmu yang digunakan. Cinta yang kita inginkan mungkin sukar untuk digapai aTaupun kita tidak akan dapat capai langsung. Jadi, bijaklah memilih guru dan sahabat. Agar cinta sebenar itu akan kita perolehi. 

Sahabat dunia dan akhirat. Alhamdulillah! ku dikurniakan sahabat yang berhati mulia seperti Hidayah,Suhaila,Aniqah,Suaidah,Yusrina dan semua sahabat2 yang banyak menyokongku untuk terus berjuang dijalanmu ya'allah! Moga persahabatan yang diniatkan keranamu Allah akan terus mekar di taman  Firdausi. Sesungguhnya kaulah perancang terbaik cinta kami. Dunia tanpa sahabat ibarat banglo tiada penghuninya..Ku inginkan banglo yang dihiasi alunan zikrullahmu. Kuinginkan banglo yang dihiasi bunga-bunga syurgawi. Betapa pentingnya seorang sahabat. Tapi,1 ku pohon. Agar Allahlah sahabat sejatiku dunia dan akhirat. Apa pun yang terjadi genggamlah tangan sahabatmu ini. Kami semua amat dahagakan cintamu..Jangan kau biarkan kami hanyut dan leka dari cintamu..

Wednesday, February 16, 2011

Rabiah pencinta sejati

Subhanallah!

Hanya itu ungkapan yang mampuku ucapkan seusai mengkhatamkan sebuah Novel Islami Rabiatul Adawiyah...Mampukah ku menjadi sehebat anak ke empat Ismail al-Adawiy yang dinamakan Rabiah (dlm bhs arab) @ empat dlm terjemahan bahasa melayunye..Insya'allah!

Kelahiran Wali Allah Yang
Comel

Rabiah dilahirkan dengan mudah oleh ibunya tanpa rasa sakit..Menurut ibunya, ketika mengandungkan Rabiah, tidak banyak masalah yang dihadapinya. Kelahirannya membawa kegembiraan kepada 3 orang kakaknya serta bapanya. Walaupun ia dilahirkan dalam keluarga yg daif...Namun mereka amat kaya akhlak yang mulia serta kasih sayang yang tidak dirasai oleh orang lain yang membuatkan mereka sekeluarga tak sedar akan kedaifan itu..betapa utuhnya kasih sayang mereka..ADAKAHKU MEMILIKINYA???

Semua insan memiliki keluarga yang bahagia yang penuh kasih sayang..cuma, mungkin cara mereka menonjolkan kasih sayang itu dengan pelbagai cara..mungkin mereka rasa dengan harta keluarga akan bahagia..memang benar..saya tak nafikan..mungkin dengan membodek..mereka rasa dapat membahagiakan orang itu juga..banyak cara..tapi, cara yang paling saya suka..kasih sayang kerana Allah. Itulah nikmat kasih sayang yang tiada infinitinya..tiada rumus yang dapat menghentikannya sehingga ke syurga firdausi..kasih sayang kerana Allah jugalah yang membuat Rasulullah sentiasa ingat umatnye..Walaupun baginda belum bertemu umat selepas kewafatannya..Subahanallah! Ingatkah kita pada baginda??? Tanya akalmu...

Rabiah..dilahirkan dalam keadaan penuh kedaifan. 

Sewaktunya dilahirkan..tiada sehelai kain elok pun yang wujud tok menyambut bayi mulia itu..< masa tu x tau gie keistimewaan Rabiah..> Ibunya sedikit sedih..tetapi dengan pujukan ayahnye..ibunya redha..Ayahnye berusaha tok mendapatkan sehelai kain yang baru tok bayi comel itu..Tetapi, tetap tidak diperolehinya..Ayahnye telah berusaha. Namun takdir Allah tidak mengizinkan ianye dimiliki bayi kecil itu..Lalu, ayah Rabiah membaluti tubuh kecil itu dengan kain-kain lusuh yang sgt buruk..yang kita boleh umpakan kain buruk kot pada zaman ini tok membaluti tubuh kecil bayi itu..Bayi tersebut terus senyap dari menangis. Seakan ia mengerti kesusahan yang ditanggung ibu dan ayahnye..Betapa indahnye akhlak bapa Rabiah. Subhanallah! Bertambah lagi kekagumanku terhadap ayahnye..Ismail sendiri yang menjadi bidan kepada ke empat-empat anaknye..Boleh ke para suami zaman ini melakukannye..kiki..silap hari bulan mereka yang pengsan dulu.. (^_^)

Beberapa hari selepas kelahiran Rabiah, Ismail, bapa Rabiah telah didatangi seorang lelaki yang amat bersinar  dalam mimpinya seusai Ismail melakukan Qiamulail. Lelaki itu adalah Rasulullah < kekasih hatiku.. (^_^) > dan baginda meninggalkan pesanan buat Ismail. Pertama, bergembiralah dengan kelahiran Rabiah. Kedua, menghadap Raja Basrah dengan membawa amanat baginda. Subahanallah! beruntungnye ayah Rabiah. Itulah rezeki yang paling bermakna dalam hidup Ismail.

# Raja Basrah adalah Raja yang alim, yang menjaga amal ibadahnye..yang sentiasa melakukan Qiam tok bertemu Rasulullah. Masih adakah pemimpin sepertinya di zaman ini yang juga sehebat Sultan Muhamad Al Fateh.???

Bermulanya Ujian Pertama...

Setiap orang yang warak, alim, berilmu akan diuji mengikut kemampuan masing-masing. Begitu juga Rabiah. Ketika umurnye masih muda. Ia telah kehilangan ayah tercinta..dan tidak lama itu..ibunya pula. Ya'allah! seandainya kita kehilangan ibu dan ayah dalam usia sekolah rendah. Adakah kita mampu menjadi insan yang solehah???Insya'allah! mudah-mudahan..

# Doa ismail wat anak-anaknye.."Moga keempat-empat puteriku menjadi anak yang solehah." Doa bapa sangat pantas sampai ke pada kekasihku ( Allah S.W.T. ) selain doa seorang ibu....

Tidak lama dari masa kematian ibu dan ayah Rabiah. Rabiah telah diculik oleh sindiket haram untuk dijadikan Juwairiah iaitu hamba abdi. Masa itu, keadaan di Basrah amat kucar kacir..ramai kanak2 diculik tok dijual ke negara jiran..harga barangan naik..semua orang menjadi bakhil..macam2 lagi kerana hilangnye iman dalam diri. Astagfirullah! moga allah sentiasa menjaga iman kita walau dalam keadaan apa pun kita..AMIN!

Rabiah dijual kepada seorang lelaki yang sangat bengis dan gemuk. Lelaki itu menghadiahkan Rabiah kepada isterinya tok menggantikannye membuat kerja-kerja rumah..Setiap hari, Rabiah dimaki..diherdik..didera..Namun, Arbiah terima ianye dengan tabah tanpa membantah..Mampukahku setabahnye..Insya'allah! Mudah-mudahan. AMIN! Hampir 10 tahun rabiah berkhidmat dengan tuannye tanpa bantahan. 

Merdeka!!!

Suatu hari, majikan Rabiah menyedari sesuatu. Mereka merasakan Rabiah adalah Wali Allah kerana ia tidak pernah meminta, ia tidak pernah membantah. Hanya meminta waktu untuk solat sahaja. Selama itu jugalah, betapa rindunye Rabiah kepada kekasihnye..Sehingga ia meminta pada kekasihnye waktu untuk ia berdamping dengannye dengan lebih lama. Alhamdulillah! tuhan maha pemurah lagi maha mengasihani. Doa Rabiah dimakbulkan. Majikan Rabiah membebaskan Rabiah dan ingin menjadikannye anak angkat mereka memandangkan mereka juga tidak dikurniakan zuriat. Tetapi, ditolak dengan baik oleh Rabiah. Rabiah pulang ke basrah tok berjumpa dengan kakak-kakaknye..

Malangnye di Basrah, kakak-kakak Rabiah tiada lagi di rumah lama mereka. Menurut jiran-jiran terdekat. Kakak mereka dikatakan keluar dari Basrah tok mencari Rabiah dan sehingga sekarang tidak kembali. Rabiah tabah. Rabiah mengemaskan rumah tinggalan arwah ayahandanya..Lalu,bermulalah hidup baru sang pencinta..

Kerja

Rabiah merasakan ia perlu bekerja tok menyara hidupnye..Alhamdulillah! ia memperolehi kerja yang elok iaitu meniup seruling berserta menyampaikan zikrullah. Disitulah bermulanye sejarah baru di Basrah. Semakin ramai masyarakat Basrah dan juga luar negara yang hadir dalam Majlis Zikir di Basrah kerana keunikkan penyampaiannya ditambah lagi dengan kemerduan suaranye disebalik hijab yang melindungi Rabiah. Sementara itu, Rabiah juga dapat mengukukuhkan ilmunye dengan kehadiran para ulamak dari pelosok negara.

Nikah? Cinta?

Perkahwinan tiada lagi dalam kamus hidup Rabiah. Dia telah bernazar untuk tidak berkahwin sehingga akhir hayat. Dan hanya akan berkhidmat dibawah naungan kekasihnya Allah S.W.T. Subhanallah! hebat sungguh peribadi Rabiah. Masih adakah wanita sepertinya dizaman ini ya'allah! 

Lamaran Sultan Basrah ditolak..ulamak masyhur Basrah juga ditolak..apakan lagi orang biasa..semuanye ditolak. Walaupun Rabiah telah mengisytiharkan tentang nazarnye tidak akan menikah sehingga akhir hayat. Namun, masih ada juga yang datang melamarnye. Betapa utuhnye cinta Rabiah buat kekasihnye..Mampukah kita lakukan sehebat Rabiah? Akhirnya mereka hormati prinsip Rabiah kerana ia telah memiliki cinta sejati. Ada apa dengan cinta duniawi..

Hidup Rabiah

Tikar usang, jubah lusuh, setongkol batu sebagai alas pembaringan, sebekas mangkuk untuk dijadikan simpanan airnye dan sehelai kain berukuran bdnnye iaitu kain kafan supaya Rabiah sentiasa mengingati Akhirat yang hakiki. < TAHUKAH SAHABAT? sunat kita menyediakan kain kafan dan peralatan tok mengkafankan kita sebelum kematian kita. > (^_^)

Hidup Rabiah hanya bertemankan zikir penguat diri, Qiamulail dan solat-solat sunat. Apatah lagi yang wajib. Mudah-mudahan ku mampu melakukan sepertinya..AMIN! Semua ulamak yang pernah menjadi gurunye juga berguru dengannye..Kehebatan RAbiah telah di sedari dari zaman kecilnye..Rabiah telah menghafal 30 juzuk al-quran seusia 10 tahun. Zikir dan qiam yang tidak putus kecuali keuzuran. Wajahnye yang sentiasa bercahaya dengan nur Allah. Suara yang merdu mengalunkan zikir cinta yang membawa setiap pendengarnye turut larut dalam cinta Allah. Hujahnye yang sungguh berkhimah dan penuh kelembutan. Kata-katanye mudah diterima setiap pendengarnye..itulah Rabiatul Adawiyah! Serikandi Islam! Wali Allah!

Setiap insan yang bergelar manusia pasti akan menghadapi saat kematian. Dalam usia 80 tahun, rabiah pergi meninggalkan anak-anak muridnye..Pergi ia dengan senyuman yang indah..Rabiah juga dikafankan dengan kain putih yang selalu dibintangnye diruangan rumahnye..Berakhirlah riwayat hidup Serikan Islam yang bernama Rabiatul Adawiyah.






Cerita diatas peringatan tok diriku. Seandainya ada kesilapan isi. Mohon ditegur. Sesungguhnya yang baik dari Allah. Yang buruk itu dari kekhilafan diriku. Wallahualam!








Thursday, January 20, 2011

Epal Manis (^_^)

Alhamdulillah!
kenyangnye perutku seusai menikmati rezeki yang allah beri ni..sebiji epal merah..se merah mawar yang berduri..se merah  warna hatiku..???adakah hatiku berwarna merah???ye kot..tu kena tanya ahli-ahli biologi..doktor2..tabib2..mereka lebih arif dariku..tapi,itulah gambaran warna hati yangku ketahui dari zaman kanak-kanakku...


Apakah khasiat sebiji epal??? Makan je tau kan kita nie..tidak penah nak amek tau pun khasiatnye..














"Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan  epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan."


Ouhhh.....

Tu la ungkapan yang biasanye akan keluar seusai seseorang itu selesai membaca suatu fakta..


Kalau kat sekolah dulu..kena baca fakta terus mengangguk kebawah tanda faham...< sebenarnye,tunduk kebawah sebab tertidur ...hihi...>

Tiba-tiba teringin nak pergi ladang epal plak..hihi.. :)


Cakap pasal ladang epal. Teringat satu cerita masa zaman dolu-dolu..Semasa zaman Khalifah..huk..huk..tiba-tiba teringat kekasihku..Rasulullah S.W.T < jap eik...mari kita sama-sama hadiahkan al-fatihah wat junjungan Rasul kita..AL-FATIHAH! moga baginda bergembira disana...>

Aisyh! ainnur...smbg cerita..Tersebut al-kisah.....

"Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan ketegasan.Inilah tokoh yang wajar diteladani umat Islam terutama sekali bergelar pemimpin.

Pada satu hari anak bongsu beliau amat lapar dan meminta ibunya makanan dan tiada makanan kerana ibunya belum memasak.maka pergilah kepada ayahnya yang ketika itu sedang mengira buah epal di Baitul Mal untuk diberikan kepada mereka yang layak.

Si bongsu melihat epal dan mengambil sebiji.Lantas Khalifah merampas epal tersebut hingga menyebabkan anak bongsunya menangis lalu berlari ke rumah...

Setelah selesai urusan,Khalifah balik ke rumah.Dengan linangan air mata Khalifah berkata kepada isterinya Fatimah :

"Wahai isteriku fatimah.Ketika aku merebut buah epal itu daripada mulut anak kita,aku merasakan seperti meragut jantung sendiri.Tetapi apa kan daya kerana takutkan api neraka yang membakar anak kita,aku ambil juga buah epal itu daripada mulutnya".

itulah Khalifah Omar Abdul Aziz yg terkenal dengan keadilan,ketegasan dan amanah."


ADAKAH KITA MAMPU SETEGAS KHALIFAH OMAR ABDUL AZIZ???

Sudah tentu boleh. Khalifah juga manusia. Kita pun manusia. Kita pun boleh. Yakin pada diri yang kita mampu setegas Khalifah Omar. Kita mampu menjadi muslimah dan muslimin yang teguh imannye.. Dia boleh jadi doktor..Why not we became a doctor too..Dia jadi jurutera kita boleh jadi jurutera gak..ramai dah jurutera wanita sekarangkan???kalau dulu kaum lelaki je yang wujud dalam bidang kejuruteraan. Tiada yang mustahil kat dunia nie... 
"Tepuk dada tanya iman, tanya akal" 


Semua orang dianugerahi bakat yang tersendiri...ada kearah positif dan kearah negatif..terpulang pada diri..kita nak kearah yang mana..jalan terbentang luas..diri kita sendiri yang perlu bijak memilih. Teringat kata-kata seorang sahabatku..."Kadang-kadang kita perlu memaksa diri untuk membuat kebaikan. Insya'allah!dari keterpaksaan itulah akan wujudnya keikhlasan". Inilah kata-kata yangku pegang untuk belajar membuat sesuatu supaya ikhlas...

EPAL...biasa tak dengar...ramai orang ibaratkan wanita, anak gadis, perempuan dan yang sama makna dengannya..di ibaratkan dengan epal?

Biasakan...kan..kan...<orang johor suka kata lagu nie...berapa banyak kan la...hihi...>

Wanita adalah seindah-indah ciptaan yang ada di dunia ini...mempunyai pipi yang merah..bibir yang merah..seakan-akan merahnya buah epal..Tetapi, epal mana yang kita mahu jadi..adakah epal jepun..yang besar..tetapi warnanya pudar...epal malaysia..biasa-biasa je rasanye..epal ada bintik-bintik..epal yang mudah gugur..epal yang mudah dipetik dari atas tanah..atau epal yang perlu diambil menggunakan tangga oleh penjaga ladang untuk memetiknya??? Fikirkanlah duhai sayangku...Kalau ainnur diberi pilihan. Sudah tentu ainnur pilih epal dari ladang yang dipetik oleh penjaga ladang tadi..Mesti rasanye manis..rupanye elok dan cantik..yang paling penting sedap dan berkhasiat. Sesungguhnya kita semua adalah epal yang tertinggi..seandainya,kita dibawah sekalipun. Kita msh boleh menjadi epal yang tertinggi itu..kita perlu gembur semula hati..tanam niat semula...sirami ia setiap hari dengan zikrullah..bajainya dengan cintamu pada Allah S.W.T + kasih sayangmu kepada seisi alam ciptaanye...
(^_^)

Duhai sayangku...
Lumrah manusia ingin cinta mencintai..muslimah ingin mencintai muslim..akhwat ingin mencintai ikhwan..anak gadis ingin dicintai teruna..semua orang nak bercinta..Sebab perasaan itu memang wujud dalam setiap makhluk ciptaan Allah. Terutama manusia..kerana perasaan cinta itulah yang akan membuatkan kita cinta padanye..< means Allah >..ku ingat lagi kata-kata ustazahku.."cinta hanya pada Allah..Sayang baru untuk seisi alam ciptaanye..termasuk ibu dan ayah kita.." 

Duhai sahabatku,
Cinta kita milik Allah...itu yang pasti..kenapa kita perlu sedih kehilangan cinta yang belum pasti hala tujunye..< means putus couple..> Lupakah kita pada hak ibu dan ayah kita yang membesarkan kita..kalau kita bandingkan kos mereka membesarka kita ngan kos pakwe or makwe leburkan tok tambat hati kita..<Kiralah sendiri eik..> Belum lagi kasih sayang mereka...belum lagi mesin-mesin otak mereka yang nak fikir..nak bagi anak aku makan apa hari nie..disaat-saat mereka kesempitan duit..
Belum lagi mesin otak mereka memikirkan kesihatan kita..keselamatan kita pergi sekolah..balik sekolah..belajar bawak basikal..sehinggalah motorsikal...< Fikirlah sendiri..> dan jangan lupa gak..hak adik-beradik kita...sahabat-sahabat kita yang banyak membantu kita dalam pelajaran..mungkin kewangan..mungkin juga penguat semangat saat kita lemah..mungkin juga ada yang sabar mendengar cerita sedih kita selama ini...dan mungkin juga mereka yang mengelap tangisan kita disaat tiada orang yang pedulikan kita..so,sebelum sahabat-sahabat membuat sesuatu..Ingatlah! orang-orang ini sentiasa mendoakan sahabat-sahabat dari jauh..Kita masih ada mereka yang menyanyangi kita...Ainnur suka pada kata-kata Ustaz ainnur nie...

"Tidak akan ada manusia yang berada disisi Allah di akhirat kelak yang takkan diuji amalannye..ilmu pengetahuannye..di dunia"

Senang je konsepnye, berbalik epal tadi..kalau kita nak jadi epal grade A. Kita kenalah jaga pokoknye..siram setiap hari..baja dengan baja yang sesuai..< tanam pokok buah..boh baja pokok bunga..ye kuar bunga je..so,kenalah boh baja buah ye sahabat..hihi..rawat seandainya ada serangga cuba merosakkannye..kena rajin + berkorban ckit..baru dapat hasilkan buah epal yang ranum, merah dan manis. Semanis senyuman si anak dara gitu... (^_^)

Jadi,FIKIRKANLAH!!! saya doakan sahabat-sahabat akan menjadi seperti epal Grade A..Saya hanya mampu berdoa..Sahabat-sahabat yang menentukannye..Luv u all !!!  (^_^)












ainnurnajwa.blogspot.com

Saturday, January 8, 2011

Hatiku disini rupanyeee..

Alhamdulillah! selamat pergi dan selamat kembali...Hampir seminggu sudah ku kembali dari Masjid Negara. Alhamdulillah! walau tak sampai 1 hari ku disana..seakan lama rasanye ku kenali sahabat-sahabat disana. Inilah ukhuwah yang diniatkan kerana Allah..Subhanallah! Moga allah sentiasa bersama kita semua di dunia dan akhirat yang abadi.


Hmm...dimanaku nak mula cta eik..



... بسم الله الرحمن الرحيم

Di sinilah semuanye bermula...pendaftaran peserta..hampir jam 5 petang baruku dan adik2 sedaraku sampai di masjid negara..Alhamdulillah! selamat sampai pun..inilah pertama kali kami menjejak kan kaki di Masjid Negara. Besar sungguh..sahabat-sahabat yang tak penah pi..pi lah kalau ada masa..Cantik dan besar..

MASJID NEGARA

Di sinilahku bermalam di malam sambutan tahun baru 2011. Dua tahun dalam 1 masa..1 tempat..1 perjalanan..2010 ku di Masjid Negara..2011 pun ku di Masjid Negara..< bak kata mak cikku..Dwawa salwa..> hihi.. 


SESI PENDAFTARAN

Kat sini la kita orang daftar tingkat 1 Masjid Negara..dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang adalah sesi pendaftaran..ramai betul yang join..Alhamdulillah! Terima kasih wat akak-akak dan adik-adik yang susah payah tunggu kita orang.. (^_^)



PERASMI PROGRAM 1000 JIWA 1 HATI

Sempat lagi bergambar sementara menunggu majlis perasmian program 1000 Jiwa 1 Hati bermula..senyum....< bak kata orang timur..senyum SOKMO...>


Gadis manis bertudung hitam ni la fasilitator kami..adik Areefah..thanks Areefah sebab jaga kami dengan baik sepanjang program berjalan.. (^_^)


Ni la kumpulan saya..C52..senyum semua..<klik...bunyi kamera..> hihihi..baju biru tu sahabat saya dari tingkatan 1..yang 3 belakang saya plak sepupu-sepupu saya..terima kasih semua kerana sudi menemani saya mencari semula hati saya yang hilang..tQ.. (^_^)

Bermulanye program kami yang pertama....


Subhanallah! tu baru nampak Maher Zain dah tak terkawal hati masing-masing..lom jumpa Nabi Yusuf..Betapa teruja peserta2 malam tu nak ambil gambar Maher Zain..Malam tu..kak Wardina yang jadi juruacara..


Sesi temuramah antara Maher Zain dan salah seorang peserta program ABJZ.


Ni la ummi kita orang dan ummi semua peserta serta semua warga Raudhatus Sakinah..Banyak pengalaman yang kami dapat dari ummi2 nie..banyak benda tentang kehidupan yang tidak kami dapat dari mana-mana universiti..< inilah universiti kehidupan kami....> banyak soalan dalam pemikiranku terjawab sepanjang talk bersama ummi2 dan kak wardina..tq semua.. (^_^)



Kak wardina menemuramah kakak fasi dan abang fasi..


Wakil peserta wanita dan lelaki yang ditemuramah oleh kak wardina..


Antara artis yang mengindahkan lagi malam ABJZ..tq kumpulan Saff-One, kak Aisyah..


Talk malam ABJZ diakhiri dengan ikrar Anda Bijak Jauhi Zina oleh para peserta diketuai oleh fasilitator kami.



Hampir jam 12.00 malam 31/12/2010...

Nilah barisan fasilitator yang bertungkus lumus memerahkan keringat dalam bidang masing-masing bagi menjayakan program ABJZ..Moga allah sentiasa merahmati setiap langkah perjuangan kita semua..Allahuakhbar!


Selepas ikrar, kami terus bergerak ke Masjid Negara untuk mengadakan aktiviti berkumpulan pula..on the way tu..ngah meriah dengan bunyian bunga api dari Dataran Merdeka..tu la gambar bunga api yang sempat Areefah selaku fasi kumpulan kita orang ambil...


Ni la aktiviti terakhir kami pada malam tu..sesi tazkirah..berkongsi pengalaman masing-masing dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Mulk beramai-ramai..< miz that moment..tp,apa kelebihan baca surah Al-Mulk sebelum tido eik..hmm...>


Tepat jam 4.30 pagi..1/1/2011.... 

Solat berjemaah..sepanjang program di Masjid Negara..kami semua solat secara berjemaah dan penampilan istimewa pada malam Qiamulail adalah kami di imami oleh imam muda Azhar..moga allah sentiasa bersama ikhwan dan kita semua..AMIN!!!



Imam Muda Azhar seusai solat subuh...


Ketika kuliah subuh..macam-macam rupa time ni..faham-faham jela..kuliah subuhkan..< bak kata ustaz yang bagi kuliah pagi tu..waktu yang paling jemaah faham akan kuliah yang diberi adalah kuliah subuh..sebab..ramai jemaah akan mengangguk...kiki..>


Ni time majlis penutupan keesokan harinye..tapi ni la majlis penutupan paling best yang pernahku hadiri..sangat kreatif..ada senaman bersama Tommy..n mcm2 lagi...5S..hm..apa agak-agaknye ye sahabat..

1S - Senyum
2S - Salam
3S - Sapa
4S - Sopan 
5S - Santun

Nilah ahli group C52..rindunye kat adik2..dan sahabat-sahabat..walaupun tak sampai 1 hari berjumpa..rasa macam dah lama kita berkenalan..Ukhuwah Fillah Abadan Abada! :)


Pas kemas meja adik2 sekolah agama kat Masjid Negara..sempat lagi..teropong apa la tu C52....masa depan yang makin jelas ke..kiki..Disinilah berakhirnye program ABJZ..Tapi,ukhuwah yang dibina tak akan berakhir disini..insya'allah!ia akan kekal hingga ke syurga..TQ semua sahabat dan adik sedaraku.. (^_^)

SEKIAN...
























ainnurnajwa.blogspot.com